Nota Kata hubung
Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat,
frasa atau perkataan untuk membentuk
ayat majmuk.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk,
iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung
dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata
hubung pancangan.
Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Kata
hubung gabungan
|
Kata
hubung pancangan
|
||
i. Pemanah
itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana
busurnya patah.
ii. ``Belum
tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
iii. Dia mengelak, lantas
menikam.
|
Pancangan relatif
|
Pancangan komplemen
|
Pancangan keterangan
|
-menghubungkan
klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan
kata hubung yang.
Contoh:
i. Pelajar yang berjaya itu
diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca
itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad
itu buku sejarah.
|
-Menghubungkan satu klausa sebagai
komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).
-Jadi, klausa klausa pancangan
komplemen itu melengkapkan klausa utama.
-Kata hubung yang berperanan
begitu ialah bahawa dan untuk.
i. Guru tahun enam itu
menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahui
bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan
untuk rakyat melintas sungai.
|
-Kata hubung pancangan keterangan
menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata
hubung itu ialah:
kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
i. Mereka tidak dibenarkan masuk
ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.
|
No comments:
Post a Comment