Latihan Sinonim
Isikan tempat kosong selepas memilih perkataan yang
paling sesuai daripada kurungan :
1. Pak Ali sedang _______________ lalang di belakang
rumahnya. (memotong, menebas, menggerudi,
menukul)
2. Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai pajak dengan ________________ dinding premis itu tidak tercapai. (memotong, menebas,
menggerudi, menukul)
3.
Nenek saya suka ____________________ tikar untuk
kegunaan di bilik tamu. (menganyam,
membuat, mengikat, menyirat)
4.
Nelayan itu ___________________ jala untuk menangkap
ikan di laut dalam. (menganyam, membuat,
mengikat, menyirat)
5.
Budak yang nakal itu ______________________ burung di
dusun Pak Lah. (membuang, melastik, memukul)
6.
Ibu itu _____________ anaknya yang nakal itu.
(membuang, melastik, memukul)
7.
Pemuda itu biasanya ______________________ bola di
padang pada petang hari Sabtu.
(membuang, menyepak, merejam)
8.
Kapalterbang itu sukar _________________ kerana tiupan angin kuat. (berlabuh, mendarat,
berhenti)
9.
Apabila kapal _________________ , kargo akan dikeluarkan dari gudang dan dimuatkan ke
dalam kapal menggunakan kren kapal ataupun kren dok. (berlabuh, mendarat, berhenti)
10. Sudah beberapa kali penunggang motosikal nyaris
terbabit kemalangan dengan bas yang _________________ di tengah laluan. (berlabuh, mendarat, berhenti)
11. ______________ cakera ialah acara lontaran yang juga dipertandingkan dalam
Sukan Olimpik. (Rejam, Buang, Lempar)
12. Jangan ______________________ sampah di merata-rata
tempat. (membuang, merejam, melempar, mencampak )
13. Pelatih itu menyatakan undang-undang dan peraturan
dalam acara _________________
lembing. (Rejam, Buang,
Lempar)
14. Pencuri itu telah
_______________ keluar sampul surat berisi wang itu dari keretanya ketika dalam perjalanan pulang. (membuang, merejam, melempar, mencampak)
15. Budak itu cuba mengait kelapa di atas pokok kelapa yang tinggi
_______________ . (melangit, melambung,
meninggi, menggunung)
16. Harga getah ____________________ semenjak kekurangan getah di pasaran
antarabangsa. (melangit, melambung, meninggi,
menggunung)
17. Selepas banjir, sampah di kawasan itu tinggi _________________. (melangit,
melambung, meninggi, menggunung)
18. Bangunan yang ______________ langit
itu mempunyai 109 tingkat. (melangit, melambung, meninggi, menggunung)
19. ___________________ asap rokok
membahayakan kesihatan. (menyedut, menghirup, menghidu, merasa)
20. Ahmad ________________ surat
khabarnya di pit lengannya semasa berjalan.
(memasuk, mengepit, membaca)
Jawapan :
1.menebas 2. Menggerudi 3. Menganyam 4. Menyirat
5. Melastik 6. Memukul 7. Menyepak
8. Mendarat 9.
berlabuh 10. Berhenti 11. Lempar
12. Membuang 13. Rejam
14. Mencampak 15.
Melangit 16. Melambung 17. Menggunung 18. Mencakar 19.
Menghirup
20.
mengepit
No comments:
Post a Comment