Saturday 22 December 2012

Tatabahasa & Pengimbuhan [KKTT and Frasa Sendi Nama]

Kata Nama



Nota Sinonim

sinonim membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza.

terdapat empat jenis sinonim iaitu:

1.sinonim pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan tanah yang dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini dalam bahasa melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas pergaulan'.

2.sinonim konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang berbeza bentuk kata yang berbeza digunakan. contohnya [undang] digunakan dalam konteks tulisan manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan.

3.sinonim laras sosial-perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza mengikut peringkat atau status. contohnya perkataan [penyanyi] dan [biduan] mempunyai maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang mempunya 'status' yang lebih tinggi dalam profesion seni suara.

4.sinonim kolokasi- maksud yang hampir sama maknanya.contohnya [ramai] dan [banyak].


Latihan Sinonim

Isikan tempat kosong selepas memilih perkataan yang paling sesuai daripada kurungan :



1.    Pak Ali sedang _______________ lalang di belakang rumahnya.  (memotong, menebas, menggerudi, menukul)

2.    Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai pajak dengan ________________ dinding premis itu tidak tercapai. (memotong, menebas, menggerudi, menukul)

3.    Nenek saya suka ____________________ tikar untuk kegunaan di bilik tamu. (menganyam,  membuat, mengikat, menyirat)

4.    Nelayan itu ___________________ jala untuk menangkap ikan di laut dalam. (menganyam,  membuat, mengikat, menyirat)

5.    Budak yang nakal itu ______________________ burung di dusun Pak Lah. (membuang, melastik, memukul)

6.    Ibu itu _____________ anaknya yang nakal itu. (membuang, melastik, memukul)

7.    Pemuda itu biasanya ______________________ bola di padang pada petang hari Sabtu.  (membuang, menyepak, merejam)

8.    Kapalterbang itu sukar _________________ kerana tiupan angin kuat. (berlabuh, mendarat, berhenti)

9.    Apabila kapal _________________ , kargo akan dikeluarkan dari gudang dan dimuatkan ke dalam kapal menggunakan kren kapal ataupun kren dok.  (berlabuh, mendarat, berhenti)

10. Sudah beberapa kali penunggang motosikal nyaris terbabit kemalangan dengan bas yang _________________ di tengah laluan. (berlabuh, mendarat, berhenti)

11. ______________ cakera ialah acara lontaran yang juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.   (Rejam, Buang, Lempar)

12. Jangan ______________________ sampah di merata-rata tempat. (membuang, merejam, melempar, mencampak      )

13. Pelatih itu menyatakan undang-undang dan peraturan dalam acara _________________ lembing. (Rejam, Buang, Lempar)

14.  Pencuri itu telah _______________ keluar sampul surat berisi wang itu dari keretanya ketika dalam perjalanan pulang. (membuang, merejam, melempar, mencampak)      

15. Budak itu cuba mengait kelapa di atas pokok kelapa yang tinggi _______________  . (melangit, melambung, meninggi,  menggunung)

16. Harga getah ____________________ semenjak kekurangan getah di pasaran antarabangsa. (melangit, melambung, meninggi,  menggunung)

17. Selepas banjir, sampah di kawasan itu tinggi  _________________. (melangit, melambung, meninggi,  menggunung)

18. Bangunan yang ______________   langit itu mempunyai 109 tingkat. (melangit, melambung, meninggi,  menggunung)

19. ___________________  asap rokok membahayakan kesihatan. (menyedut, menghirup, menghidu, merasa)

20. Ahmad ________________  surat khabarnya di pit lengannya semasa berjalan.  (memasuk, mengepit, membaca)



Jawapan :

1.menebas 2. Menggerudi 3. Menganyam  4. Menyirat  5. Melastik  6. Memukul  7. Menyepak 

8. Mendarat  9. berlabuh  10. Berhenti  11. Lempar  12. Membuang  13. Rejam 

14. Mencampak  15. Melangit  16. Melambung  17. Menggunung 18. Mencakar 19. Menghirup 

20. mengepit

Friday 7 December 2012



Nota Kata hubung
 
Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk.
 Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
  1. Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya
  2. Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
  3. Contoh ayat:
 
i.        Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
ii.        ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
iii.       Dia mengelak, lantas menikam.
 Pancangan relatif
Pancangan komplemen
Pancangan keterangan
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
 
Contoh:
i. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
 
 
-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).
 
-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama.
 
-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
 
i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata hubung itu ialah:
kerana, agar,
meskipun, sekiranya, semoga, supaya,
kalau, andaikata,
kendatipun,
hingga,
 jika, jikalau,
semasa,
sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya,
ketika, tatkala,
walaupun
, dan sesungguhnya.
 
i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.
 



Latihan Kata Hubung

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
A atau
B jika
C agar
D kerana

2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun

3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya

4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah

5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka

6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A lalu
B agar
C maka
D kerana

7 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
A dan
B serta
C tetapi
D malahan

8 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
A kerana
B sambil
C maka
D lalu

9 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
A dan
B lalu
C tetapi
D walhal

10 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
A Semasa
B Setelah
C Supaya
D Sementara

11 Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor __________ ke Melaka.
A dan
B lalu
C atau
D agar

12 Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.
A untuk
B jikalau
C bahawa
D semoga

13 ___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada
padanya.
A Semoga
B Sewaktu
C Supaya
D Setelah

14 Encik Lim menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.
A apabila
B manakala
C walaupun
D sedangkan

15 Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________
ditentang oleh ibunya.
A sementara
B walaupun
C sejak
D agar

16 Hamid tidak datang ke sekolah ____________ minggu lepas.
A semenjak
B sewaktu
C kerana
D selagi

17 Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.
A ketika
B setelah
C semenjak
D sementara

18 Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu.
A lalu
B maka
C serta
D atau
 
19 __________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah.
A Apabila
B Kerana
C Sambil
D Semasa

20 Izuddin masuk ke kelas ________ Cikgu Norman sedang mengajar.
A sementara
B malahan
C tatkala
D sambil