Tuesday 16 October 2012



Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri
Nota
 
1.
Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama manusia.
2.
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu:
 
i.
Kata ganti nama diri
 
ii.
Kata ganti nama tunjuk
3.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada:
 
i.
Kata ganti nama diri orang
 
ii.
Kata ganti nama diri tanya
4.
Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada:
 
i.
Kata ganti nama diri pertama
 
ii.
Kata ganti nama diri kedua
 
iii.
Kata ganti nama diri ketiga
5.
Contoh: Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku
Kata ganti nama diri kedua :  awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu
Kata ganti nama diri ketiga :   dia, beliau, ia, baginda, mereka
6.
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat.
 
Contoh:  ini, itu
7.
Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
 
Contoh:  apa, siapa, mana
 

Tip
 Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama:
1.   (a)  Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat
            dalam banyak kejadian jenayah. (salah)
      (b). Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Dia terlibat 
            dalam banyak kejadian jenayah. (betul) 
              
Penjelasan : 
Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan seseorang. Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati.
 
2.   (a)  “Kalian-kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata
              Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (salah)
       (b). “Kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata Tuk Ali               kepada anak-anak buahnya.   (betul)
 
Penjelasan :Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak perlu digandakan.
 
3.   (a)   Tompok sangat manja. Ia suka menggesel-geselkan bulunya
              pada kaki  saya. (salah)
(b)  Tompok sangat manja. Tompok suka menggesel-geselkan
bulunya pada kaki  saya. (betul)
 
Penjelasan : 
Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

No comments:

Post a Comment