Sunday, 21 October 2012
Saturday, 20 October 2012
Thursday, 18 October 2012
Tatabahasa : Kata Adjketif
Nota
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat
atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan
sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif
juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
3. Kata adjektif
boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang
bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi,
dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau
selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.
2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
4.
Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan
besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan
jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti
sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk
menghubungkan dua atau lebih
perkataan, frasa, atau ayat.Tuesday, 16 October 2012
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
KATA GANTI NAMA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
paling sesuai.
1 .Ibu,
duit _______ hilang,. kata
Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka
2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal
sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka
3 .Jika
_______ ada masalah sila jumpa saya,. kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia
4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk
mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya
5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau
6 Sebagai murid, _______ hendaklah belajar
bersungguh-sungguh,. kata
cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka
7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,. kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B awak
C saya
D kami
8 .Boleh
_______ tumpang bertanya?. kata
Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya
9 .Ampun
_______ tuanku,. sembah
Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda
10 .Jika
________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,. kata Ani kepada
kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian
11 .Nah,
ambil wang _______!. kata
emak sambil menghulurkan wang kepada
saya.
A itu
B ini
C sini
D situ
12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
A itu
B sini
C sana
D mana
13 .Cuaca
di _______ sungguh sejuk,. kata
Sabri sambil menahan kesejukan.
A mana
B sini
C situ
D ini
14 .Jangan
berkelakuan _______, tidak elok,. nasihat
ibu kepada Zarina.
A begitu
B begini
C itu
D ini
15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap
sebulan lagi.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa
16 Duduklah di _______ yang kausuka.
A mana
B siapa
C siapa-siapa
D mana-mana
17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti
besi itu.
A bila-bila
B apa-apa
C siapa-siapa
D mana-mana
18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam
dewan peperiksaan.
A Bila-bila
B Apa-apa
C Mana-mana
D Siapa-siapa
19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa
lapang.
A bila
B siapa
C bila-bila
D siapa-siapa
20 ._______lah
ucapan daripada Guru Besar,. kata
juruacara majlis.
A Ini
B Begini
C Begitu
D Demikian
Skema jawapan (Kata Ganti Nama)
1C 2D 3B 4A 5D
6C 7A 8C 9B 10D
11B 12C 13B 14A 15A
16D 17B 18D 19C 20D
Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri
Nota
1.
|
Kata
ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama manusia.
|
|
2.
|
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua
golongan, iaitu:
|
|
|
i.
|
Kata
ganti nama diri
|
|
ii.
|
Kata
ganti nama tunjuk
|
3.
|
Kata
ganti nama diri terbahagi kepada:
|
|
|
i.
|
Kata
ganti nama diri orang
|
|
ii.
|
Kata
ganti nama diri tanya
|
4.
|
Kata
ganti nama diri orang terbahagi kepada:
|
|
|
i.
|
Kata
ganti nama diri pertama
|
|
ii.
|
Kata
ganti nama diri kedua
|
|
iii.
|
Kata
ganti nama diri ketiga
|
5.
|
Contoh: Kata ganti nama diri pertama
: aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku
Kata ganti nama diri kedua : awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu Kata ganti nama diri ketiga : dia, beliau, ia, baginda, mereka |
|
6.
|
Kata
ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk menunjukkan manusia, haiwan,
benda dan tempat.
|
|
|
Contoh: ini, itu
|
|
7.
|
Kata
ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk
tanya.
|
|
|
Contoh: apa, siapa, mana
|
Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata
Ganti Nama:
1. (a)
Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat
dalam banyak kejadian jenayah. (salah)
(b). Banduan itu dikawal ketat oleh
pihak penjara. Dia terlibat
dalam banyak kejadian jenayah. (betul)
Penjelasan
:
Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan seseorang. Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati. |
2. (a)
“Kalian-kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata
Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (salah)
(b). “Kalian mesti bekerjasama dari
sekarang,” kata Tuk Ali
kepada anak-anak buahnya. (betul)
Penjelasan
:Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak perlu digandakan.
|
3. (a)
Tompok sangat manja. Ia suka menggesel-geselkan bulunya
pada kaki saya. (salah)
(b)
Tompok sangat manja. Tompok suka menggesel-geselkan
bulunya pada kaki saya. (betul)
Penjelasan
:
Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. |
Subscribe to:
Posts (Atom)