Bahasa Melayu Tahap 2
Bahasa Jiwa Bangsa
Saturday, 22 December 2012
Nota Sinonim
sinonim
membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang
sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza.
terdapat
empat jenis sinonim iaitu:
1.sinonim
pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan tanah yang
dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini dalam bahasa
melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas pergaulan'.
2.sinonim
konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang berbeza bentuk
kata yang berbeza digunakan. contohnya [undang] digunakan dalam konteks tulisan
manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan.
3.sinonim
laras sosial-perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza mengikut
peringkat atau status. contohnya perkataan [penyanyi] dan [biduan] mempunyai
maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang mempunya 'status' yang
lebih tinggi dalam profesion seni suara.
4.sinonim kolokasi- maksud yang hampir sama
maknanya.contohnya [ramai] dan [banyak].
Latihan Sinonim
Isikan tempat kosong selepas memilih perkataan yang
paling sesuai daripada kurungan :
1. Pak Ali sedang _______________ lalang di belakang
rumahnya. (memotong, menebas, menggerudi,
menukul)
2. Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai pajak dengan ________________ dinding premis itu tidak tercapai. (memotong, menebas,
menggerudi, menukul)
3.
Nenek saya suka ____________________ tikar untuk
kegunaan di bilik tamu. (menganyam,
membuat, mengikat, menyirat)
4.
Nelayan itu ___________________ jala untuk menangkap
ikan di laut dalam. (menganyam, membuat,
mengikat, menyirat)
5.
Budak yang nakal itu ______________________ burung di
dusun Pak Lah. (membuang, melastik, memukul)
6.
Ibu itu _____________ anaknya yang nakal itu.
(membuang, melastik, memukul)
7.
Pemuda itu biasanya ______________________ bola di
padang pada petang hari Sabtu.
(membuang, menyepak, merejam)
8.
Kapalterbang itu sukar _________________ kerana tiupan angin kuat. (berlabuh, mendarat,
berhenti)
9.
Apabila kapal _________________ , kargo akan dikeluarkan dari gudang dan dimuatkan ke
dalam kapal menggunakan kren kapal ataupun kren dok. (berlabuh, mendarat, berhenti)
10. Sudah beberapa kali penunggang motosikal nyaris
terbabit kemalangan dengan bas yang _________________ di tengah laluan. (berlabuh, mendarat, berhenti)
11. ______________ cakera ialah acara lontaran yang juga dipertandingkan dalam
Sukan Olimpik. (Rejam, Buang, Lempar)
12. Jangan ______________________ sampah di merata-rata
tempat. (membuang, merejam, melempar, mencampak )
13. Pelatih itu menyatakan undang-undang dan peraturan
dalam acara _________________
lembing. (Rejam, Buang,
Lempar)
14. Pencuri itu telah
_______________ keluar sampul surat berisi wang itu dari keretanya ketika dalam perjalanan pulang. (membuang, merejam, melempar, mencampak)
15. Budak itu cuba mengait kelapa di atas pokok kelapa yang tinggi
_______________ . (melangit, melambung,
meninggi, menggunung)
16. Harga getah ____________________ semenjak kekurangan getah di pasaran
antarabangsa. (melangit, melambung, meninggi,
menggunung)
17. Selepas banjir, sampah di kawasan itu tinggi _________________. (melangit,
melambung, meninggi, menggunung)
18. Bangunan yang ______________ langit
itu mempunyai 109 tingkat. (melangit, melambung, meninggi, menggunung)
19. ___________________ asap rokok
membahayakan kesihatan. (menyedut, menghirup, menghidu, merasa)
20. Ahmad ________________ surat
khabarnya di pit lengannya semasa berjalan.
(memasuk, mengepit, membaca)
Jawapan :
1.menebas 2. Menggerudi 3. Menganyam 4. Menyirat
5. Melastik 6. Memukul 7. Menyepak
8. Mendarat 9.
berlabuh 10. Berhenti 11. Lempar
12. Membuang 13. Rejam
14. Mencampak 15.
Melangit 16. Melambung 17. Menggunung 18. Mencakar 19.
Menghirup
20.
mengepit
Friday, 7 December 2012
Nota Kata hubung
Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat,
frasa atau perkataan untuk membentuk
ayat majmuk.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk,
iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung
dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata
hubung pancangan.
Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Kata
hubung gabungan
|
Kata
hubung pancangan
|
||
i. Pemanah
itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana
busurnya patah.
ii. ``Belum
tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
iii. Dia mengelak, lantas
menikam.
|
Pancangan relatif
|
Pancangan komplemen
|
Pancangan keterangan
|
-menghubungkan
klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan
kata hubung yang.
Contoh:
i. Pelajar yang berjaya itu
diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca
itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad
itu buku sejarah.
|
-Menghubungkan satu klausa sebagai
komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).
-Jadi, klausa klausa pancangan
komplemen itu melengkapkan klausa utama.
-Kata hubung yang berperanan
begitu ialah bahawa dan untuk.
i. Guru tahun enam itu
menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahui
bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan
untuk rakyat melintas sungai.
|
-Kata hubung pancangan keterangan
menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata
hubung itu ialah:
kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
i. Mereka tidak dibenarkan masuk
ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.
|
Latihan Kata Hubung
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat
kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
A atau
B jika
C agar
D kerana
2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun
3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya
4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah
5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka
6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A lalu
B agar
C maka
D kerana
7 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
A dan
B serta
C tetapi
D malahan
8 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
A kerana
B sambil
C maka
D lalu
9 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
A dan
B lalu
C tetapi
D walhal
10 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
A Semasa
B Setelah
C Supaya
D Sementara
11 Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor __________ ke Melaka.
A dan
B lalu
C atau
D agar
12 Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.
A untuk
B jikalau
C bahawa
D semoga
13 ___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada
padanya.
A Semoga
B Sewaktu
C Supaya
D Setelah
14 Encik Lim menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.
A apabila
B manakala
C walaupun
D sedangkan
15 Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________
ditentang oleh ibunya.
A sementara
B walaupun
C sejak
D agar
16 Hamid tidak datang ke sekolah ____________ minggu lepas.
A semenjak
B sewaktu
C kerana
D selagi
17 Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.
A ketika
B setelah
C semenjak
D sementara
18 Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu.
A lalu
B maka
C serta
D atau
19 __________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah.
A Apabila
B Kerana
C Sambil
D Semasa
A Apabila
B Kerana
C Sambil
D Semasa
20 Izuddin masuk ke kelas ________ Cikgu Norman sedang mengajar.
A sementara
B malahan
C tatkala
D sambil
Saturday, 17 November 2012
Latihan Simpulan Bahasa
Latihan Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
1. Budak itu .......................... dia belajar
hingga berjaya.
2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana
dia .......................... .
3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi
........................... di Pulau Tioman.
4. Orang tua itu ...............................sejak
isterinya .......................... .
5. Seorang kawan saya itu .......................... .
6.
Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan
........................ .
7.
Syahira ..........................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian
tahun tiga.
8. Laki-laki yang .......................itu akhirnya
ditangkap polis.
9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai
........................ .
10.
Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan
........................... .
Jawapan:
nyawa ikan,
lidah biawak,
makan angin,
makan hati,
keras hati,
otak cair,
panjang tangan,
pencuci mulut,
putih tulang,
putih mata,
mulut tempayan
meninggal dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)